Saturday, September 5, 2009

Perubatan Tradisional Mujarab

DAPATKAN MINYAK HELANG PUTIH INSYAALLAH IA MEMBANTU ANDA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH LUMPUH, SAKIT OTOT, LENGUH SENDI ATAU SIKU, DIGITI SERANGGA BERBISA KEBAS KAKI DAN TANGAN.



JIKA anda mengalami penyakit misteri yang tidak dapat dikesan oleh Doktor atau perubatan moden, atau anda mengalami penyakit tradisional atau ILMU HITAM segera hubungi kami.

Hubungi Guru Raja Aziz untuk tempahan temu janji 0169818728

PERKHIDMATAN;
*penyakit Buatan Orang
*terkena Ilmu pengasih atau ingin mendapatkan Ilmu pengasih
*SAKA
*Mencari Jodoh
*Perubatan Rumah Tangga
dan pelbagai lagi

Tuesday, July 28, 2009

PENGLIBATAN PERTUBUHAN SEPANJANG ZAMAN

GAMBAR GURU UTAMA & LOGO TEMBAGA YANG DIPAMERKAN
DI MUZIUM NEGARA SEMPENA ‘ROAD TOUR’ SELURUH MUZIUM
NEGERI-NEGERI PADA TAHUN 1976
(BENDERA DAN SENJATA JUGA TURUT DIPAMERKAN)


GURU UTAMA
PRESIDENT & PENGASAS P.S.S.K. ACHEH HELANG PUTIH MALAYSIA &
VICE PRESIDENT ISCA ASIA

Pertubuhan Seni Silat Kegayungan (A) Helang Putih

LAMBANG PERTUBUHAN SENI SILAT KEGAYUNGAN (A) HELANG PUTIH MALAYSIA



Lambang persatuan ini adalah terdiri daripada rencung dan keris yang sederhana bentuknya berwarna hitam terletak di bawah bentuk bulan. Sebilah rencung pula dicengkam oleh kedua-dua kaki burung helang berwarna putih dan sebilah keris di belakangnya melambangkan seni kebudayaan Malaysia.

Di bawah rencung yang besar dan burung helang putih adalah cogankata "SEMANGAT MEGAT TERAWIS" melambangkan kedaulatan serta kehormatan, manakala warna hitam adalah menunjukkan sikap tegas, adil dan saksama. Warna putih pula melambangkan kesucian rohani dan jasmani. Warna merah melambangkan keberanian dan kegagahan akan persilatan ini.

Seni Silat Kegayungan (A) Helang Putih mempunyai taraf kesenian warisan anak melayu jati.


FALSAFAH

Bahawasanya pertubuhan seni silat kegayungan acheh helang putih mendukung
cita-cita yang membentuk organisasi silat, menyatukan perpaduan antara kaum di Malaysia. Membaiki struktur organisasi di dalam bidang pertahanan negara.


MATLAMAT

· Menghidupkan kembali seni budaya melayu lama
· Menggalakkan pergaulan sihat serta menjadi berani dan gagah untuk mempertahankan negara.
· Dapat membentuk kecergasan mental, rohani dan jasmani
· Membimbing, menghormati prinsip dan berhati waja
· Membuat kerja-kerja sukarelawan, bergotong-royong, rukun-tetangga dan bekerjasama membanteras jenayah
· Mendidik dan membimbing, menghormati orang tua, rakan-rakan, guru dan harta benda awam, dan juga sayangi harta benda negara kita.


PEMBELAJARAN

Perguruan ini dilengkapi dengan seni berirama yang merangkumi seni tari persembahan TARIDRA di samping adat istiadat menyembah raja. Seperti
silat-silat lain, pelajaran jurus dan tempur (combat) yang menggunakan kemahiran kaki, tangan dan serta langkah turut diajar kepada para pesilat.

Memandangkan ia mewarisi warisan melayu lama yang mementingkan kesihatan tubuh badan, petua-petua penjagaan badan dijadikan sebahagian daripada sukatan pelajaran perguruan ini.

Bermula dengan senaman pernafasan yang bertujuan mengawal perederan nafas dan darah, pesilat seterusnya diajar melakukan senaman urat saraf bagi membangkitkan otot-otot yang lemah. Kaedah ini akan menampakkan pesilat lebih segar, ceria dan tangkas setiap masa.


PENGHARGAAN DAN PENGHORMATAN

· Seni silat yang terpilih untuk mempamerkan sejarah, logo, senjata dan pakaian di muzium negara pada tahun 1976.

· Pengasas dan president pertubuhan ini telah dianugerahkan sijil
'GAGAH PERKASA' oleh seri paduka baginda yang dipertuan agung pada
18 Jun 2005 di Dataran Merdeka sempena Perhimpunan Merdeka Wajadiri
Malaysia.

· Terpilih bagi membuat persembahan di dalam majlis pesta pertandingan seni silat ASIAN 1980 sebagai seni silat jemputan

· Mewakili negara bagi menjayakan sempena sukan SEA XV 1989 di dalam persembahan seni silat jemputan yang berlangsung di Kuala Lumpur.


· Demonstrasi untuk dimuatkan di dalam majalah karate BUSHIDO oleh MR. PIERRE YVES BENOLIEL yang datang khas dari negara Perancis.

· Persembahan teater DRAMATARI KERIS untuk persembahan diraja yang berlangsung di hadapan D.Y.M.M. Seri Paduka yang Dipertuan Agung.


· Demonstrasi seni silat dan DRAMATARI KERIS di dalam ASEAN CRAFT EXPO 1992 MATIX (Malaysia Tourist Information Complex) Jalan Ampang Kuala Lumpur.

· Hari perhimpunan perpaduan rakyat 1990 (MINI SEMARAK) dirasmikan Y.A.B. Ghafar Baba, Timbalan Perdana Menteri yang diadakan di
AIR PANAS SETAPAK Kuala Lumpur.

· Hari pelancaran Rakan Muda yang dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Y.A.B. Tun Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

· Pengasas pertubuhan ini Raja Aziz Laksamana Hojak Andak telah diberi penghormatan sebagai hakim didalam majlis pertandingan seni silat Asean 1980 dan sekaligus mengadakan demonstrasi.


HIKAYAT SENI SILAT KEGAYUNGAN (A) HELANG PUTIH

Seni silat kegayungan (A) helang putih berasal dari Acheh. Menurut sejarah, seorang anak raja yang bergelar raja sulung tunggak pahlawan dari negeri Pagar Gunung pergi memburu bersama-sama pengiringnya kedalam hutan tebal yang jauhnya berpuluh-puluh kilometer dari istana.

Ketika asyik berburu, baginda telah bertemu dengan seekor burung helang putih yang sangat cantik. Helang itu telah menarik minat baginda. Didalam hati baginda, alangkah beruntungnya jika burung itu dapat ditangkap dan dijadikan burung peliharaannya.

Baginda sangat tertawan dengan burung helang itu sehingga beliau tidak sedar telah mengekori burung itu jauh kedalam hutan berseorangan.

Tanpa menghiraukan pengiringnya, baginda telah sampai kedalam sebuah gua yang terletak di pertengahan puncak sebuah bukit. Keadaannya sangat sunyi tetapi bagaikan ada yang mendesak hatinya dan menggerakkan kakinya menuju ke sebuah gua yang sederhana besar itu.

Helang putih terus memasuki gua batu itu dan baginda terus mengikutinya dari belakang. Sebaik sahaja memasuki gua itu, baginda telah dikejutkan oleh satu lembaga manusia yang duduk kaku diatas sebuah batu besar. Lembaga yang dilihatnya itu adalah seorang pertapaan yang sudah betahun-tahun lamanya menetap di situ. Anehnya perasaan takut tidak terbit dihati baginda. Malah baginda asyik dengan apa yang ada di gua itu.

Akhirnya baginda terlena. Di dalam tidur yang nyenyak, baginda telah bermimpi orang pertapaan itu ialah Ratu Agung Raden Dindiar dan helang putih adalah daripada keluarga kesayangan anak kepada Tuan Putri Terus Mata.

Helang putih itu asalnya ialah seorang lelaki yang perkasa dan pandai dalam ilmu persilatan. Namanya Indera Sakti telah disumpah oleh ayahandanya kerana sering turun ke bumi dan berdamping dengan manusia.

Ratu Agung Raden Dindiar yang berasal dari Acheh yang berketurunan Jawa menyayangi burung helang putih itu sepertimana beliau menyayangi dirinya sendiri. Dari pergerakan seekor helang, Ratu Agung Raden Dindiar dapat mendalami ilmu beladiri dengan secukupnya.

Sebaik anak raja itu terjaga dari tidurnya, baginda melihat burung helang putih masih berada di dalam gua tersebut. Bermula dari peristiwa itu, baginda tidak pulang ke istana sehingga tamat perguruannya dengan Ratu Agung Raden Dindiar.

Setelah bertahun-tahun lamanya mempelajari ilmu persilatan, baginda akhirnya pulang ke istana. Maka berkembanglah Seni Silat Kegayungan (A) Helang Putih dan menjadi satu seni beladiri yang terkenal pada masa itu.

Aliran silat ini merupakan silat keturunan yang sekarang dikembangkan secara meluas oleh cucunda Raja Tunggak Pahlawan iaitu Abdul Aziz bin Mohd Ali yang bergelar Raja Aziz Laksamana Hojak Andak.

Beliau pernah aktif bersama Kementerian Kebudayaan Kuala Lumpur yang diasuh oleh Allahyarham Bapak Osama Sumanti yang dulunya dikenali sebagai Guru Tari Kuno dan Guru Persilatan (Silat Pulut).

Selain mendalami ilmu-ilmu persilatan dan kebatinan, Abdul Aziz bin Mohd Ali turut membuka matanya melihat aliran orang lain. Oleh itu beliau pernah mendalami seni Judo dan Pergerakan Kudokan Ninja perseorangan dengan Master Herakawa selama 4 tahun.

Selepas itu, beliau mendalami ilmu Taichi bersama Master Lee dan meneruskan pelajaran seni mempertahankan diri (silat) sebanyak 7 jenis. Kebolehan yang ditunjukkan itu, Abdul Aziz bin Mohd Ali telah bergelar sebagai guru dalam usia yang muda.

Rasa tidak puas hati dengan kebolehan sendiri menyebabkan Abdul Aziz bin
Mohd Ali mencari guru-guru yang dikira dapat memberikan ilmu kepadanya. Silat Sheikh Baginda Ali, Batin Harimau Puaka, Sheikh Gagak di Rimba, Perilmuan Changkat dan lain-lain lagi adalah aliran yang pernah dipelajarinya.

Setelah bapa angkatnya mangkat, pada usia 120 tahun lebih, dia diamanahkan mengembangkan silat Acheh Helang Putih ini sebagai menggantikan arwah gurunya. Setelah itu Abdul Aziz bin Mohd Ali menambah perkataan Acheh Helang Putih kepada Kegayungan Acheh Helang putih yang bererti silat ini penuh dengan kebatinan (maksud kebatinan disini adalah mengawal dari segi fizikal dan mental menggunakan segala pancaindera tubuh badan seperti mata, telinga, rasa serta pernafasan dan bukannya menggunakan bantuan makhluk halus).

KETURUNAN PENGASAS SENI SILAT KEGAYUNGAN (A)
HELANG PUTIH

· Berdarah Raja Mendeleng (Sibarora)
· Keturunan Raja Sakti
· Beliau digelar Raja Lakamana Hojak Andak
· Mewarisi “Keris Picit LangKitang Sibaitang” (Tuan Putri Terus Mata)

KEMEGAHAN PERTUBUHAN SENI SILAT KEGAYUNGAN (A)
HELANG PUTIH MALAYSIA

· Dilengkapi dengan seni tari berirama dengan nobat dan gamelan dan juga tarian kuda kepang
· Mempunyai seni tari persembahan taridra, juga memberi tunjuk dapt istiadat mengadap raja dengan penuh tata tertib.

Wednesday, July 22, 2009

SEJARAH





Menurut lagendanya, Seni Silat Acheh Helang Puih berasal dari Acheh Sumatera Indonesia. Ianya dikatakan berpunca dari seorang anak raja bergelar Raja Sulung Tunggak Pahlawan yang telah mempelajari silat ini dari seorang petapa (Ratu Agung Radin Dindiar) yang dijumpainya didalam sebuah gua. Anak Raja tersebut yang pada mulanya tersesat sewaktu memburu kerana mengekori seekor burung Helang Putih yang masuk didalam gua tersebut. Helang Putih itu dikatakan berasal dari seorang lelaki (Kayangan) yang perkasa dan sakti tetapi telah disumpah oleh ayahandanya kerana sering turun ke bumi berdampingan dengan manusia. Setelah tamat berguru dengan petapa tersebut, barulah anak Raja itu pulang ke istana seterunya mengembangkan Seni Silat Acheh Helang Putih dikalangan kerabat istana. Aliran silat ini merupakan silat keturunan tetapi kini telah dikembangkan secara meluas di negara ini oleh cucunda Raja Tunggak Pahlawan iaitu Abdul Aziz Mohd Ali yang bergelar Raja Aziz Laksamana Hojak Andak iaitu Pengasas pertubuhan ini.

PENCAPAIAN

Kini Pertubuhan Seni Silat Kegayungan (A) Helang Putih Malaysia membuka keahlian kepada srikandi (wanita) dan pendekar (lelaki) untuk bersama-sama memartabatkan seni silat melayu asli ini. Setelah hampir 40 tahun, pertubuhan ini kembali mempamer kelibat, menjemput anak Melayu yang ingin mewarisi warisan beradat seni lagenda dari alam Melayu. Selain itu juga, pertubuhan ini telah diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan mempunyai mandate yang tinggi di dalam International Sport and Cultural Association (ISCA) dimana Pengasas pertubuhan ini dilantik sebagai Vice President ISCA. Jangan persiakan peluang ini kerana ia adalah warisan berzaman… satu kemestian untuk bekalan dalam diri demi membela agama, bangsa, dan negara. Sebuah perguruan tradisi penuh disiplin merangkumi seni tari persembahan, jurus dan tempur serta senaman pernafasan

PEMBELAJARAN

Perguruan ini dilengkapi dengan seni berirama yang merangkumi seni Tari Persembahan di samping tatacara adat tertib menyembah RAJA. Seperti silat-silat lain, pelajaran jurus dan teknik tempur (COMBAT) yang menggunakan kemahiran kaki, tangan, serta langkah turut diajarkan kepada pesilat. Memandangkan ia mewarisi warisan Melayu lama yang mementingkan kesihatan tubuh badan, petua-petua penjagaan badan dijadikan sebahagian dari sukatan pelajaran perguruan ini. Bermula dengan senaman pernafasan yang bertujuan mengawal peredaran nafas dan darah, pesilat seterusnya diajar melakukan senaman urat saraf bagi membangkitkan otot-otot yang lemah. Kaedah ini akan menampakkan pesilat lebih segar, ceria, dan tangkas setiap masa.